Pasti setiap dari kita pernah menerima maklumat mengenai ‘penawar kencing manis’ dan lain-lain ‘ubat ajaib’ yang menjanjikan kesembuhan dari pelbagai penyakit dan masalah. Tetapi, adakah anda pasti tentang kesahihan setiap maklumat yang anda baca? Di zaman siber ini, begitu mudah untuk sesiapa sahaja menulis tentang apa sahaja. Malang sekali perkara ini memberi peluang kepada segelintir orang untuk menipu orang lain samada kerana suka-suka atau untuk mengaut keuntungan dari menjual produk yang diusahakan mereka. Berikut adalah tips untuk anda setiap kali membaca maklumat kesihatan terutamanya yang kedengaran seperti mempunyai manfaat yang tidak masuk akal.