- Kembali
- Cara Menggunakan Berus Interdental

Pertama, letakkan berus di ruang celah-celah gigi dengan memastikan berus menyentuh permukaan gigi.

Seterusnya, dengan perlahan-lahan, gerakkan berus tersebut dengan gerakan depan ke belakang. Sekiranya saiz berus terlalu besar, jangan paksa berus masuk di antara celah gigi kerana ini boleh menyebabkan kecederaan pada gusi. Sebaliknya, tukarlah berus kepada saiz berus yang lebih kecil.

Bagi pemakai pendakap gigi, masukkan berus interdental di celah-celah braket dan lalukan berus di sekeliling braket tersebut.

Berus interdental berbentuk L (angled brushes) lebih sesuai digunakan untuk membersihkan ruangan di celah gigi belakang kerana lebih mudah untuk dimasukkan.