- Kembali
- Cara Menggunakan Flos

Pertama, ambil dalam 30-50 cm panjang flos (atau sehasta) dan lilitkan pada jari tengah di kedua-dua belah tangan.

Pegang flos antara ibu jari dan jari telunjuk, tinggalkan dalam 3-6cm di antaranya.

Dengan menggunakan jari telunjuk dan ibu jari, masukkan flos ke celah-celah gigi dengan berhati-hati dengan pergerakan zig-zag. Elakkan dari menekan flos pada gusi kerana boleh mengakibatkan luka pada gusi.

Kemudian, geserkan flos pada permukaan gigi dan secara perlahan-lahan, gerakkan flos sehingga ke bawah garis gusi membentuk huruf āCā, dan gerakkan semula flos ke atas perlahan-lahan.

Alihkan flos ke permukaan gigi yang bersebelahan dan ulang langkah 4.

Gunakan bahagian flos yang baru apabila beralih ke gigi lain dan ulang semula dari langkah kedua.