• Kembali
  • Penjagaan Optimum Untuk Kesihatan Mulut
Tahukah Anda Diabetes Saling Berkait Rapat Dengan Penyakit Gusi (Gingivitis)?
Diabetes

Tahukah anda bahawa diabetes atau kencing manis berkait rapat dengan penyakit gusi? Kajian mendapati risiko untuk pesakit diabetes mendapat penyakit gusi adalah tiga kali lebih tinggi berbanding orang yang sihat. Kedua penyakit ini sangat berkait rapat.

Diabetes

Tahap gula dalam darah pesakit diabetes yang tinggi boleh menyebabkan penyakit gusi menjadi semakin teruk. Manakala penyakit gusi yang teruk pula boleh meningkatkan paras gula dalam darah.

Diabetes

Selain itu, harus juga diingat bahawa pesakit diabetes mempunyai ketahanan badan yang rendah untuk melawan jangkitan kuman termasuk jangkitan kuman yang mengakibatkan penyakit gusi

Diabetes

Penyakit gusi adalah sejenis penyakit kronik. Ramai pesakit yang tidak menyedari mereka menghidapi penyakit gusi sehingga ia telah mencapai tahap akhir.

part1
part1
part1
part1

Plak adalah kotoran yang mengandungi koloni bakteria. Plak sekiranya tidak dibersihkan dengan betul boleh menyebabkan keradangan gusi atau gingivitis di mana gusi menjadi kemerahan atau mudah berdarah apabila digosok. Sekiranya plak dibersihkan dengan betul iaitu melalui cara memberus gigi yang berkesan, gusi boleh kembali sihat tanpa sebarang rawatan doktor.

Tetapi, sekiranya plak pada gigi tidak dibersihkan, gingivitis atau radang gusi itu boleh bertukar menjadi periodontitis awal dimana poket gusi mula terbentuk di sekeliling gigi. Ini menyebabkan plak lebih senang terkumpul. Lama kelamaan, tulang alveolar iaitu tulang yang menyokong akar gigi menjadi semakin susut. Gigi akan kelihatan panjang kerana akar gigi sudah terdedah. Gigi juga akan menjadi semakin goyang dan akhirnya perlu dicabut.

Pastikan anda menjaga kebersihan gigi dengan betul dan jangan lupa untuk mengunjungi doktor gigi sekurang-kurangnya dua kali setahun untuk memastikan kesihatan mulut anda terjaga. Oleh kerana paras gula dalam darah berkait rapat dengan penyakit gusi, pesakit diabetes juga perlu memastikan kandungan gula dalam darah dalam keadaan terkawal agar penyakit gusi tidak menjadi semakin teruk dan sebaliknya.