• Kembali
  • Mulut Yang Sihat Meningkatkan Kualiti Hidup Pesakit Diabetes
part1

Diabetes merupakan penyakit kronik dan melibatkan pelbagai sistem didalam badan. Ini termasuk penyakit gusi yang menjadi lebih teruk apabila keadaan diabetes pesakit semakin tidak terkawal. Secara amnya, mulut yang sihat penting untuk makan, berkomunikasi dan bergaul dengan orang lain. Secara khasnya, kajian telah menunjukkan kesihatan mulut terutamanya kesihatan gusi yang baik dapat membantu mengawal gula dalam darah bagi pesakit yang diabetes.

Oleh itu, penjagaan mulut yang baik seperti teknik pemberusan gigi yang betul, penggunaan flos yang betul, penjagaan makanan yang baik, dan sebagainya membawa kepada kesihatan mulut yang lebih baik seterusnya berupaya meningkatkan kualiti hidup pesakit diabetes. Kunjungi lah doktor gigi sekurang-kurangnya dua kali setahun untuk pemeriksaan mulut. Maklumkan kepada doktor gigi anda sekiranya anda mengidap penyakit diabetes. Sekiranya anda menyimpan rekod bacaan gula dalam darah anda, sila bawa buku tersebut bersama setiap kali anda ke klinik gigi. Ini akan membantu doktor gigi dalam membuat pelan rawatan khas untuk anda.