Patuh Ubat

Patuhilah nasihat doktor dan ambil ubat-ubatan anda seperti yang diarahkan. Antara implikasi sekiranya tidak patuh kepada pengambilan ubatan, penyakit anda akan menjadi sukar dikawal dan boleh menyebabkan kesakitan berlarutan, menjejaskan kualiti hidup malah boleh membawa maut. Antara tips yang boleh diamalkan bagi memastikan kepatuhan kepada ubat adalah:

  • Ambil ubat-ubatan pada waktu yang sama setiap hari
  • Simpan ubatan dalam bekas pil mengikut waktu atau hari yang ditetapkan
  • Isi semula bekas pil pada waktu yang sama setiap minggu
  • Simpan ‘kalendar ubatan’ (mengingatkan tentang pengambilan ubatan)
  • Sekalikan pengambilan ubatan dengan rutin seharian (cth: berus gigi atau sebelum tidur setiap malam)

Terlupa mengambil ubat mengikut waktu? Atau anda sedang berpuasa? Ikuti langkah tersebut:
  • Maklumkan kepada doktor anda sekiranya anda terlupa mengambil ubat mengikut jadual
  • Jika anda terlupa mengambil dos ubat, teruskan pengambilan ubat tersebut sebaik sahaja anda teringat. Namun jika anda teringat pada dos kedua ubat, langkau pengambilan dos pertama dan teruskan dos kedua. Elakkan mengambil dos berlebihan.
  • Dapatkan nasihat jadual pemakanan ubat dari doktor anda sekiranya anda ingin berpuasa