• Kembali
  • Pemilihan Berus Gigi: Pastikan Berus Gigi Adalah Sesuai
part1
part1
part1
part1

Pemilihan berus gigi yang sesuai sangat penting bagi memastikan anda dapat membersihkan gigi dengan berkesan. Gunakan kepala berus gigi yang bersesuaian dengan saiz mulut anda. Kepala berus gigi yang kecil akan mudah memberus sehingga gigi belakang.

Pilihlah pemegang berus gigi yang sesuai dan selesa. Ini supaya berus mudah dipegang dan tidak mudah terlepas ketika menggosok. Selain itu, gunakan berus gigi dengan bulu berus yang lembut (soft bristled). Bulu berus yang keras boleh merosakkan gusi. Pastikan berus gigi ditukar setiap tiga bulan atau setelah bulu berus kembang atau haus. Sekiranya anda mempunyai masalah untuk menggenggam berus gigi dengan baik, anda boleh ubah-suai pemegang berus gigi seperti memasang gabus agar lebih senang digenggam.

Selain itu, anda juga boleh gantikan berus gigi biasa anda dengan berus gigi elektrik. Berus gigi elektrik dapat membantu mereka yang ada masalah menggenggam berus gigi agar dapat memberus dengan lebih baik. Sekiranya anda tiada masalah tersebut, berus gigi biasa sahaja sudah memadai. Jangan sekali-kali kongsi berus gigi anda dengan orang lain.