• Kembali
  • Pemilihan Berus Interdental: Berus Kecil Untuk Membersihkan Ruangan Di Celah Gigi
part1
Saiz yang sesuai
Pilih saiz yang sesuai dengan ruangan celah gigi anda

part1
Bentuk yang sesuai
Bentuk lurus untuk celahan gigi hadapan

part1
Bentuk yang sesuai
Bentuk L untuk celahan gigi belakang

Berus interdental merupakan berus kecil yang digunakan untuk membersihkan ruang-ruang di antara gigi yang tidak boleh dicapai berus gigi biasa. Berus ini terdapat dalam pelbagai saiz dan bentuk untuk kemudahan para pengguna.

Antara mereka yang perlu menggunakan berus interdental ialah pemakai pendakap gigi dan mereka yang mempunyai banyak ruang di antara gigi. Gunakan saiz berus yang bersesuaian dengan ruang antara gigi. Gunakan berus yang berbentuk lurus bagi gigi bahagian hadapan dan berus berbentuk-L bagi gigi bahagian belakang.