PILIH UBAT GIGI BERFLUORIDA


Fungsi fluorida dalam ubat gigi:

  1. Menguatkan gigi
  2. Mengurangkan kerosakan gigi
  3. Memulihkan kerosakan gigi yang masih diperingkat awal

DAPATKAN NASIHAT DOKTOR GIGI ANDA MENGENAI UBAT GIGI YANG SESUAI

Pilihlah ubat gigi yang mengandungi fluorida untuk membersihkan gigi anda. Ubat gigi berfluorida dapat mencegah kerosakan gigi dengan menghalang asid yang dirembes oleh bakteria dalam plak. Ada pihak yang mengatakan florida adalah racun dan tidak boleh digunakan dalam ubat gigi. Mengikut kajian saintifik, fluorida terbukti dapat membantu mengurangkan kerosakan gigi.

Tiada bukti saintifik yang kukuh untuk membuktikan Fluorida dalam ubat gigi membahayakan kesihatan. Sepertimana bahan-bahan ubatan yang lain, fluorida atau ubat gigi yang mengandungi fluorida, dapat memberikan manfaat kepada kesihatan gigi sekiranya digunakan dalam dos yang bersesuaian. Tetapi akan menjadi racun hanya sekiranya diambil secara melampau seperti di telan dalam kuantiti yang amat banyak. Gunakan kebijaksanaan anda dalam membuat keputusan.

Terdapat banyak bahan lain selain dari fluorida yang ditambah ke dalam ubat gigi. Ada ubat gigi untuk mereka yang mempunyai masalah gigi sensitif dan ada juga ubat gigi yang diiklankan sebagai ubat gigi pemutih. Sekiranya anda menggunakan ubat gigi pemutih, sila gunakan dengan berhati-hati kerana ubat gigi ini kebanyakan mempunyai bahan lelas (abrasives) yang tinggi dan boleh menyebabkan lapisan enamel gigi terhakis dan mendatangkan masalah gigi sensitif. Dapatkan nasihat doktor gigi bertauliah untuk maklumat lanjut mengenai ubat gigi berfluorida yang anda gunakan.