Penilaian Literasi Kesihatan
Pada skala dari “sangat sukar” ke “sangat mudah”, nilaikan betapa mudahnya untuk anda:
1/18. memahami panduan yang disertakan bersama sesuatu ubat?
2/18. memahami apa yang perlu dilakukan semasa kecemasan perubatan?
3/18. menilai bagaimana maklumat daripada doktor dapat diaplikasi kepada diri anda?
4/18. menilai keperluan untuk mendapatkan pandangan daripada doktor yang lain?
5/18. menelefon ambulans apabila berlaku kecemasan?
6/18. mengikut arahan doktor atau pegawai farmasi?
7/18. mencari maklumat bagaimana untuk menguruskan kesihatan mental seperti tekanan atau kemurungan?
8/18. mencari maklumat mengenai vaksinasi/imunisasi dan saringan kesihatan (contoh: pemeriksaan payu dara, ujian gula dalam darah, tekanan darah dan tahap kolesterol) yang anda perlukan?
9/18. memahami amaran kesihatan mengenai tabiat tidak sihat seperti merokok, kurang penglibatan dalam aktiviti fizikal, pengambilan makanan yang tidak sihat dan pengambilan minuman beralkohol yang berlebihan?
10/18. memahami mengapa anda memerlukan saringan kesihatan (contoh: pemeriksaan payu dara, ujian gula dalam darah, tekanan darah dan ujian kolesterol)?
11/18. menilai keperluan berjumpa doktor untuk pemeriksaan kesihatan?
12/18. menilai saringan kesihatan (contoh: pemeriksaan payu dara, ujian gula dalam darah, tekanan darah dan ujian kolesterol) yang anda perlukan?
13/18. memahami nasihat mengenai kesihatan daripada ahli keluarga atau kawan-kawan?
14/18. memahami maklumat yang didapati daripada media (contoh: Internet, surat khabar, majalah) berkenaan cara untuk menjadi lebih sihat?
15/18. menilai bagaimana keadaan tempat tinggal anda (contoh: komuniti, kawasan perumahan) mempengaruhi kesihatan dan kesejahteraan anda?
16/18. menilai bagaimana keadaan rumah anda membantu anda kekal sihat?
17/18. membuat keputusan untuk memperbaiki kesihatan anda?
18/18. menyertai aktiviti yang boleh menambah baik kesihatan dan kesejahteraan dalam komuniti anda?